PORT Folio & PORT Skool

Pengenalan

PORTFOLIO & PORTSKOOL merupakan bengkel perkongsian berkenaan seni dan budaya yang dianjurkan untuk menggalakkan perkongsian dan percambahan ilmu berkaitan seni, budaya dan warisan berbentuk bicara, forum, pembentangan bengkel mahupun sesi penceritaan dengan penglibatan para tokoh seni dan budaya, selebriti dan golongan akademik.
Program berbentuk modal insan ini adalah penting untuk memberi pencerahan kepada para peserta tentang kepentingan seni dan budaya di dalam sesebuah masyarakat yang sedang berkembang. Memandangkan seluruh negara telah mengalami wabak Covid-19, PORT mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini secara dalam talian melalui media sosial PORT.

Objektif

  • Menjadi platform perkongsian dan pertukaran idea, saranan dan kritikan demi menyuburkan keberadaan seni dan budaya tempatan.
  • Menjadikan Ipoh sebagai hub budaya intelektual.
  • Mendokumentasi dan mengarkib perbincangan untuk rujukan generasi akan datang.
  • Menjemput tokoh-tokoh seni dan budaya berwibawa dari dalam dan luar negara untuk memberi nilai kepada pembicaraan topik-topik tertentu.
  • Menjadi gelanggang baru untuk pertembungan praktis-praktis yang beragama.
  • Untuk melebarkan jaringan khususnya dalam kontek seni dan budaya nasional.

Kesimpulan

Dengan harapan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya agar dapat memberi pendedahan kepada anak-anak Perak melalui aktiviti-aktiviti atau bengkel yang mampu memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menambah pendapatan. Secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan serta menambaikan aktiviti seni di sekitar negeri Perak dan khususnya Ipoh.
PORT berharap dengan penganjuran ini dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan anak-anak Perak seterusnya mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan masyarakat kini. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi menaikkan hasil seni dari pelbagai bidang di negeri Ipoh ini.