Projek Panggung
Home » Program Utama » Projek Panggung
Pengenalan
PROJEK PANGGUNG merupakan salah satu inisiatif PORT bagi mengangkat nama para penggiat seni muzik dari pelbagai genre dan peringkat umur. Program ini akan dijalankan setiap sebulan dua kali dan akan diwar-warkan di setiap media sosial PORT bagi membantu bakat-bakat seni muzik di negeri Perak. Dalam masa yang sama, tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Black House@PORT kepada masyarakat di dalam dan luar negara sekaligus menaikkan lagi semangat anak seni Perak untuk terus berkecimpung di dalam seni muzik tempatan. Ianya juga adalah untuk memastikan penghasilan seni muzik pada masa akan datang lebih bermutu dan berkualiti.
Objektif
- Dapat memberi peluang kepada artis tempatan untuk menghasilkan karya dengan bimbingan tenaga profesional
- Jangka hayat kerjaya seseorang artis dalam seni muzik boleh dipanjangkan antaranya melalui pendedahan berterusan artis berkenaan di mata masyarakat
- Memberi ruang atau landasan mengenengahkan bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan masyarakat
- Menghasilkan produk rakaman yang berkualiti dari segi lagu dan lirik
- Meneroka lagu-lagu rakyat negeri Perak yang boleh membantu mempromosi bidang pelancongan, sekaligus memajukan ekonomi para penggiat seni dan budaya
Impak
Impak daripada program yang dijalankan ialah masyarakat dapat mengenali muzik dari pelbagai genre yang jarang disiarkan di stesen-stesen radio dan televisyen. Ianya juga dapat memberi pendedahan kepada khalayak mengenai sebahagian lagi sisi pemain industri muzik yang tidak mendapat liputan secukupnya.
Selain itu, program ini diharapkan dapat membentuk kumpulan produksi yang dapat merancang kaedah-kaedah yang segar bagi membantu mempertingkatkan kualiti rakaman dari segi visual, bunyi dan pengarahan seni. Antara manfaat sampingan selain daripada menaikkan nama negeri Perak, siri video ini akan berupaya memberi lebih pendedahan untuk para penggiat muzik sekaligus membantu menjana pendapatan masing-masing.
Video
Kesimpulan
PROJEK PANGGUNG mampu memberi impak yang positif kepada pentadbiran negeri Perak dan sekaligus dapat mempromosikan khazanah seni muzik tempatan kepada masyarakat dalam dan di luar bandar. Diharapkan ianya dapat sambutan yang menggalakkan di kalangan anak seni Perak, para pelajar mahupun ibu bapa agar seni muzik dan budaya ini dapat diteruskan hingga ke generasi akan datang. Karya muzik anak-anak seni Perak akan dapat diangkat dan diperkenalkan kepada audiens yang lebih luas, sekaligus membantu memberi impak kepada sektor pelancongan negeri Perak.