Ipoh International Art Festival 2019

Ipoh International Art Festival 2019

IIAF2019 merupakan sebuah festival seni yang melibatkan pelbagai jenis seni, dimana penggiat seni daripada Malaysia dan Antarabangsa serta kolektif di jemput untuk menyertai, memapamerkan dan menunjukan kreativiti dan idea masing-masing. Ianya juga akan menjadi festival seni perdana yang mempamerkan seni kreatif dan kontemporari agar ianya menjadi acara penting untuk menarik pelancong luar mahupun dalam negara ke Ipoh. IIAF2019 yang bertemakan “Climate” (Suasana) dengan menampilkan lebih kurang 100 orang seniman yang bakal menjayakan program pameran seni rupa kontemporari, pameran fotografi, seni persembahan, teater dan muzik eksperimental, tayangan filem dan video seni, bengkel-bengkel serta forum seni, selain persembahan muzik di beberapa lokasi di Bandaraya Ipoh. “CLIMATE” merupakan tema besar yang mengangkat hal-hal berkenaan Alam Sekitar. Walaubagaimanapun, ianya turut merangkumi makna yang lebih luas selain daripada maksud literal berkaitan ‘cuaca’ mahupun ‘suhu’. Ianya boleh menjurus kepada topik-topik ataupun isu-isu seputar pergerakan dan perkembangan dari segi trend, idea, dan halatuju sosial, budaya, politik mahupun ekonomi, yang secara tidak langsung menyumbang ke arah keberadaan dan kondisi kehidupan manusia.

Galeri

GRAFFITI COMPETITION
FORUM "PYANHABIB: MELANGKAUI SASTERA"
PHOTOGRAPHY EXHIBITION
BAS BISING 2 0 & 3 0
FILM SCREENING & TALK
WELCOME DINNER
"WHY REACT? MAKING ART IN TROUBLED TIMES"
PERFORMANCE ART BY ''AZIZAN PAIMAN & PERCHA ART SPACE''

Akhbar Atas Talian Ipoh International Art Festival Pre-Fest 2019

The Star – Ipoh International Art Festival 2019 heralds a new dawn for creative arts in Perak

The Star – Art’s vibrant energy shines at Ipoh International Art Festival

The Star – Climate is a shared concern