Fadhli Ariffin

Fadhli Ariffin

‘Mandi Alam’, sebuah karya instalasi-performans ini berjejak pada dua pengalaman peribadi artis sendiri: membesar di Taiping, Perak yang tersohor sebagai kawasan tadahan hujan di Malaysia serta pengalaman mandi penawar, sebuah ritual serta ikhtiar keluarganya bagi mendapatkan anak perempuan pada tahun 90-an di Kuala Kangsar, Perak. Karya ini kemudiannya juga turut mengambil bentuk dalam format lakaran proses, video dan fotografi.


Bertitik-tolak dari mencerap pengalaman yang digerakkan oleh sepilihan foto lama yang merakam detik ritual mandi penawar itu, artis membayangkan apa yang dilaluinya itu sebagai sebuah kontinuum yang mengalir—air dari langit, ditadah oleh instalasi berbentuk tangan lalu disiram pada sosok tubuh, yang akhirnya mengalir semula pada alam. Ia satu pengharapan, sekaligus pengikhtiaran yang tak terputuskan.

Karya-Karya Fadhli Ariffin

Mandi Alam

6′ x 6′ x 16′ (Dimensi pelbagai)

Plat Zink,  Besi, Air & Seni Performans

2022

Lakaran Mandi Alam

Dakwat Atas Kertas

29 x 40 cm

2022

Lakaran Mandi Alam

Dakwat Atas Kertas

29 x 40 cm

2022

Mandi Alam (Hujan Gurun)

Graphite Atas Kertas

21 x 29 cm

2022

Mandi Alam (Kenangan Di Taman Cinta)

Graphite Atas Kertas

29 x 40 cm

2022

Tiada Tajuk

Graphite Atas Kertas

29 x 40 cm

2022